Bagaimana keuntungan pelaburan amanah saham dikira?
Percaya
atau tidak, ramai yang tidak sedar akan kewujudan kos jualan semasa
membeli amanah saham. Harus diingatkan, pembelian saham amanah
melibatkan kos iaitu caj jualan. Untuk mengetahui keuntungan
sebenar, keuntungan yang diperolehi haruslah ditolak dengan caj
jualan. Caj jualan yang biasa dikenakan ialah 6.5% dan dikenakan
sekali sahaja iaitu semasa pembelian dilakukan.
Pelaburan sekali gus atau lump sum
Katakan anda melabur RM 100 000 dalam dana ekuiti dengan harga RM0.50 seunit.
Maka kos sebenar adalah
RM 0.50 x 1.065 = RM 0.5325
Jadi, bilangan unit yang diperolehi adalah:
RM 100 000 / RM 0.5325 = 187793.42 unit
Ini bermakna kos sebenar anda ialah RM 0.5325 disebabkan oleh caj jualan. Jadi untuk mengetahui keuntungan, mudah sahaja, tunggulah sehingga harga amanah saham anda melebihi RM 0.5325. Sebab itulah, adalah dinasihatkan supaya anda memilih pelaburan jangka panjang dalam tempoh 3 hingga 5 tahun.
Pelaburan berkala secara tunai bulanan
Untuk mengetahui keuntungan melalui pelaburan secara tunai bulanan, kita boleh mengira purata kos. Contohnya
Bulan pertama: RM 1000 (kebanyakan amanah saham memerlukan anda melabur sekurang-kurangnya RM 1000 dahulu sebelum anda melakukan penambahan tunai setiap bulan)
Bula pertama: RM 1000
Bulan ke-2 hingga ke-12: RM 200
Jumlah wang yang dilaburkan: RM 3200
Katalah harga seunit adalah RM 0.50
Maka bilangan unit yang dimiliki: RM 3200/ RM 0.50 = 6400 unit
Katalah selepas setahun harga amanah saham meningkat RM 0.65
Maka keuntungan menjadi:
6400 unit x RM 0.65 = RM 4160
Peratus keuntungan: [(RM 4160 – RM 3200) / RM 3200] x 100 = 30 %