Bagaimana memilih amanah saham untuk pelaburan saya?
Ramai
diantara kita yang berminat untuk melabur dalam amanah saham namun
tidak tahu dana mana yang harus dilaburkan. Disini, anda akan
diberikan beberapa tips berguna dalam memilih amanah saham untuk
pelaburan anda.
Tanya diri anda, anda pelabur jenis yang bagaimana?
Adakah anda seorang yang suka mengambil risiko yang tinggi atau tidak? Jika anda tidak kisah mengenai risiko, anda adalah pelabur agresif. Namun, berapakah pulangan yang anda sasarkan? Jika anda mensasarkan pulangan yang tinggi, anda harus menghadapi risiko yang tinggi juga. Namun risiko yang tinggi boleh dikurangkan jika jangka masa pelaburan anda dipanjangkan. Kebiasaannya, dana yang berisiko tinggi memberi pulangan yang tinggi dalam tempoh yang panjang. Justeru, pastikan wang yang ingin dilaburkan tidak digunakan dalam jangka masa yang ditetapkan untuk pelaburan contohnya dalam tempoh tiga hingga lima tahun.
Apa matlamat anda dalam pelaburan?
Terdapat pelbagai sebab untuk melabur dalam amanah saham. Sudah pasti sebab utama adalah untuk mendapatkan untung. Sebab yang lain seperti untuk persaraan, pembelian harta seperti rumah, pendidikan anak-anak dan lain-lain. Sebagai contoh, jika anda mempunyai RM 20 000 untuk digunakan sebagai deposit membeli rumah dalam tempoh dua tahun lagi, anda mungkin memilih dana yang memberi keuntungan namun wang modal anda sebanyak RM 20 000 tidak terjejas. Namun, jika anda yakin dengan keadaan ekonomi semasa, anda boleh melabur dalam dana ekuiti yang memberi pulangan yang tinggi. Manalah tahu RM 20 000 anda boleh berganda menjadi RM 40 000.
Tinjaulah beberapa jenis dana sebelum membuat keputusan
Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai dana-dana yang terdapat di Malaysia ini dengan membaca majalah-majalah pelaburan dan kewangan seperti Personal Money atau The Edge. Terdapat jadual seperi Lipper Fund, Morningstar dan Normandy yang akan membandingkan prestasi dana-dana yang terdapat di Malaysia. Lihat prestasi dana-dana yang disenaraikan. Anda mungkin terkejut kerana tidak semestinya dana yang popular memberi pulangan yang bagus. Justeru, pilih dana kerana prestasinya, bukan kerana anda percaya dana itu popular maka dana itu bagus. Walaupun prestasi lepas tidak menjamin potensi masa hadapan, namun prestasi lepas menujukkan kecekapan pengurus dana dalam menguruskan pelaburan anda.
Menilai syarikat amanah saham Ramai yang melakukan kesilapan disini.
Ramai yang memilih amanah saham kerana populariti sesuatu syarikat ataupun kerana mendengar kata rakan atau kenalan sahaja. Terdapat beberapa syarikat amanah saham di Malaysia justeru pilihlah syarikat yang mempunyai prestasi yang konsisten dalam melaburkan dana-dana mereka. Dalam memilih amanah saham, lihat prestasi dana melalui pulangan yang diberikan. Prestasi masa lepas tidak menjamin prestasi masa hadapan namun boleh menunjukkan kecekapan pengurus dana melaburkan wang anda. Untuk mengetahui prestasi dana-dana amanah saham di Malaysia, anda boleh membeli majalah kewangan seperti The Edge, Fortune atau Personal Money yang memaparkan jadual perbandingan dana-dana di Malaysia dari segi prestasi seperti jadual Lipper dan Normandy. Melalui jadual Lipper dan Normandy, anda dapat melihat pulangan pelaburan dalam masa 3 bulan, 6 bulan, setahun, tiga tahun dan lima tahun.
Pilih perunding amanah saham yang dapat memantau pelaburan anda
Semasa membeli amanah saham, anda mungkin perlu berurusan dengan perunding amanah saham. Pilihlah perunding yang memahami objektif anda dalam pelaburan, dan dapat memantau dana anda dari masa ke semasa. Adakah perunding amanah saham anda boleh menjadi kawan pelaburan anda? Banyak kali kita dengar kes yang menbabitkan perunding amanah saham yang menghilang diri tanpa memaklumkan pelaburan pelabur mereka dari masa ke semasa. Harus diingat, perunding amanah saham mendapat komisyen untuk setiap pelaburan yang dibuat. Justeru pilihlah perunding amanah saham yang dapat membantu anda.