Kesilapan
yang biasa dilakukan apabila melabur dalam amanah saham
Mungkin
anda pernah mengalami kerugian dalam pelaburan amanah saham. Ataupun
anda tidak berpuas hati dengan pulangan yang diperolehi. Terdapat
beberapa sebab mengapa keadaan ini berlaku. Disini akan dibincangkan
beberapa kesalahan yang biasa dilakukan oleh para pelabur apabila
melabur dalam amanah saham. Mari kita lihat satu persatu:
Memilih dana yang tidak menepati objektif pelaburan anda
Jika anda ingin mendapat pulangan yang tinggi iaitu lebih 12 % setahun, pilihlah dana yang agresif seperti dana ekuiti. Kebanyakan pelabur hanya mendengar sahaja cadangan perunding amanah saham tanpa memahami mengapa dana itu dicadangkan. Anda sebagai pelabur, anda berhak untuk bertanya mengapa dana itu dicadangkan. Jika perunding saham amanah itu mengatakan bahawa pulangannya yang tinggi, tanyalah berapa pulangan yang boleh diperolehi dalam tempoh masa tertentu.
>Membeli amanah saham atas cadangan rakan tanpa tinjauan
Mungkin rakan anda untung dalam pelaburan amanah saham maka anda pun membeli dana yang sama dengan rakan anda. Lagipun rakan anda telah untung bukan? Sebelum membeli, bandingkanlah dulu dana-dana yang ditawarkan oleh syarikat lain juga. Mungkin anda akan jumpa dana yang jauh lebih baik prestasinya berbanding dana yang dicadangkan rakan anda. Perlu diingatkan, tidak semestinya dana yang memenangi sesuatu anugerah akan kekal prestasinya.
>Beli pada masa yang tidak sesuai
Hal ini kerap kali berlaku. Jika anda melabur secara lump sum, tinjaulah dahulu keadaan pasaran saham. Mungkin anda tidak tahu keadaan ekonomi semasa kerana kesibukan anda dalam urusan seharian. Jika begitu, laburkan sahaja wang anda dalam dana amanah saham tempatan. Ini kerana, agak mudah untuk mengetahui keadaan ekonomi negara melalui akhbar-akhbar harian tempatan berbanding ekonomi luar negara.
>Melihat populariti sesuatu syarikat bukan pada prestasi syarikat.
Anda mungkin telah terbiasa dengan sesuatu syarikat dan amat yakin dengan prestasi syarikat tersebut. Tanpa membuat rujukan, anda terus sahaja melabur wang anda dalam syarikat tersebut. Akhirnya anda dapati pulangan yang anda perolehi tidaklah seberapa. Jadi, bagaimana untuk memilih syarikat amanah saham yang bagus? Caranya ialah:

- Buatlah
rujukan dahulu sebelum memilih untuk melabur dalam amanah saham.
- Apabila
memilih untuk melabur dalam syarikat yang berbeza, melaburlah pada
MASA YANG SAMA jadi anda boleh melihat perbandingan pulangan
keuntungan dengan lebih tepat. Kadangkala, ada dana yang memberi
pulangan yang rendah pada tahun pertama namun pada tahun kedua dan
ketiga, pulangan yang diperolehi sangat tingi.
Click to set custom HTML