Mengapa
perlu melabur dalam amanah saham?
Peningkatan harga barangan semasa telah menyebabkan ramai yang mengeluh. Hal ini menyebabkan perbelanjaan bulanan seisi rumah meningkat namun gaji tidak pula meningkat. Langkah berjimat cermat memang wajar diambil namun sampai bila anda harus mengekang perbelanjaan anda? Perbelanjaan pakaian dan aksesori mungkin boleh dikurangkan namun bagaimana pula dengan harga barangan yang diperlukan setiap hari seperti makanan dan bahan api?
Justeru, adalah wajar untuk kita melaburkan wang supaya wang tersebut boleh dijadikan pendapatan pasif kita. Selain mempunyai pendapatan aktif iaitu gaji bulanan, dengan melaburkan wang, kita boleh mendapat pendapatan sampingan. Pelaburan amanah saham dapat memberi pulangan sehingga 12% atau lebih setahun jika pelaburan dibuat dengan bijak. Namun pulangan 12% setahun dalam pelaburan amanah saham bukanlah dijamin kerana faktor pemilihan jenis dana, masa pelaburan dan sebagainya boleh menjejaskan pulangan pelaburan.
Selain itu pelaburan amanah saham juga:

- Mudah dilakukan iaitu pembeliannya mudah, boleh dilakukan melalui konsultan amanah saham atau melalui internet
- Wang anda diuruskan oleh pengurus dana professional
- Risiko sederhana berbanding jika anda melabur terus dalam pasaran Bursa Saham
- Kecairan tunai yang mudah
- Memerlukan modal yang rendah sahaja