Jenis-jenis Amanah Saham
Terdapat
beberapa jenis amanah saham di Malaysia bergantung kepada pulangan
dan dimana wang anda dilaburkan. Secara umumnya terdapat dua jenis
dana amanah saham iaitu Dana Patuh Syariah dan Dana Konvensional .
Berikut adalah beberapa kategori amanah saham di Malaysia:
Amanah saham kerajaan
Amanah saham kerajaan amat popular dikalangan rakyat Malaysia. Contohnya Amanah Saham Bumiputera, Amanah Saham Wawasan, Amanah Saham Didik dan baru- baru ini kerajaan telah melancarkan Amanah Saham 1Malaysia. Amanah saham kerajaan ini diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Kebiasaannya, amanah saham kerajaan mempunyai nilai unit yang tetap iaitu RM1. Namun terdapat juga amanah saham yang mempunyai nila unit yang terapung (floating) iaitu bergantung kepada keadaan pasaran semasa.
Namun, selain amanah saham kerajaan, bank-bank pelaburan juga turut menyediakan pelbagai jenis amanah saham dan keuntungannya juga boleh melebihi amanah saham yang ditawarkan kerajaan. Mari kita lihat jenis-jenis amanah saham yang ditawarkan oleh bank-bank pelaburan di Malaysia.
Dana ekuiti atau saham
Dana pertumbuhan (growth fund)- dana jenis ini mensasarkan pertumbuhan modal. Dana ini melabur dalam saham syarikat yang berpotensi mengalami kenaikan harga saham
Dana pendapatan- dana dilaburkan dalam saham-saham yang besar dalam sektor yang stabil dimana dividen adalah sasaran utama.
Dana ekuiti modal kecil (small cap fund)- dana ini dilaburkan dalam syarikat bermodal kecil sahaja.
Dana pelaburan asing- dana ini dilaburkan dalam pasaran saham luar negara
Dana sektor atau tema- dana jenis ini melabur dalam sektor yang dianggap hangat dan menguntungkan bergantung kepada keadaan semasa.
Terdapat pelbagai jenis dana ekuiti atau saham, jadi bagaimana untuk mengenali dana-dana ini? Senang sahaja, lihat pada nama dana-dana yang ditawarkan oleh bank- bank pelaburan. Kebiasaannya, dana ekuiti akan mempunyai perkataan growth, equity theme, aggressive atau small cap.
Dana sekuriti pendapatan tetap
Sebenarnya, terdapat pelbagai lagi jenis dana amanah saham yang lain. Segala yang dinyatakan diatas adalah dana yang popular dan biasa didengar sahaja.

- Dana
jenis ini melabur sebahagian besar asetnya dalam saham. Dana jenis
ini amat sesuai kepada pelabur yang agresif iaitu pelabur yang boleh
mangambil risiko yang tinggi. Oleh kerana risikonya tinggi, maka
pulangan dana jenis ini juga tinggi. Dana jenis ini bergantung
kepada keadaan pasaran saham, jika pasaran saham meningkat, dana ini
juga meningkat. Dibawah dana jenis ini, masih terdapat pelbagai
kategori lagi. Mari kita lihat satu persatu:
Dana pertumbuhan (growth fund)- dana jenis ini mensasarkan pertumbuhan modal. Dana ini melabur dalam saham syarikat yang berpotensi mengalami kenaikan harga saham
Dana pendapatan- dana dilaburkan dalam saham-saham yang besar dalam sektor yang stabil dimana dividen adalah sasaran utama.
Dana ekuiti modal kecil (small cap fund)- dana ini dilaburkan dalam syarikat bermodal kecil sahaja.
Dana pelaburan asing- dana ini dilaburkan dalam pasaran saham luar negara
Dana sektor atau tema- dana jenis ini melabur dalam sektor yang dianggap hangat dan menguntungkan bergantung kepada keadaan semasa.
Terdapat pelbagai jenis dana ekuiti atau saham, jadi bagaimana untuk mengenali dana-dana ini? Senang sahaja, lihat pada nama dana-dana yang ditawarkan oleh bank- bank pelaburan. Kebiasaannya, dana ekuiti akan mempunyai perkataan growth, equity theme, aggressive atau small cap.
Dana sekuriti pendapatan tetap
- Melihat
pada namanya saja sudah diketahui dana ini mensasarkan pendapatan
tetap untuk pelabur. Kebiasaanya, dana jenis ini tidak memberi
pulangan yang tinggi seperti dana ekuti. Justeru, ianya sesuai untuk
pelabur yang sederhana atau konservatif . Risiko dana ini juga
sederhana. Contoh dana jenis ini ialah bon atau sukuk (bon Islam)
dan pasaran wang (money
market).
- Dana
ini melabur dalam pelbagai jenis pelaburan seperti saham, bon dan
pasaran wang bergantung kepada had-had yang ditetapkan. Dana ini
memberi pulangan yang rendah dan tidak sesuai untuk pelabur yang
agresif. Pulangan dana jenis ini juga agak rendah.
- Apabila anda melabur dalam dana jenis ini, modal anda dijamin. Namun pulangan dana jenis ini agak rendah sejajar dengan risiko yang diambil. Kebiasaanya, apabila melabur dalam dana ini, anda perlu melabur dalam tempoh yang ditetapkan. Jika anda menjual pelaburan anda lebih awal, mungkin denda boleh dikenakan.