Bagaimana melabur dalam amanah saham?
Amanah saham mempunyai kelebihan kepada pelabur-pelabur kerana selain modal yang kecil, terdapat pelbagai cara untuk melabur. Cara melabur dalam amanah saham adalah seperti berikut:
- Melalui
pelaburan tunai
- Melalui pelaburan tunai berkala iaitu secara bulanan
Melalui pelaburan tunai
Anda boleh melabur wang tunai anda sekaligus atau lump sump dan membiarkan pelaburan anda menjana keuntungan dalam tempoh yang anda tetapkan. Namun jika anda memilih pelaburan lump sum anda harus memilih masa yang sesuai. Justeru anda harus rajin memantau keadaan ekonomi semasa atau anda boleh dapatkan nasihat perunding amanah saham anda.
Pelaburan berkala secara bulanan
Cara ini boleh dilakukan jika anda tidak mempunyai banyak wang tunai untuk dilaburkan. Iaiya boleh dilakukan melalui pemotongan gaji secara bulanan. Pelaburan ini boleh dilakukan serendah RM 100 setiap bulan. Cara ini lebih baik daripada anda menyimpan wang dalam simpanan asas yang memberi pulangan yang rendah. Dalam jangka masa panjang, pulangan yang diberikan boleh jadi amat menguntungkan. Berikut contoh pengiraan pelaburan:
Nota: pengiraan dibawah adalah pengiraan anggaran sahaja dan bukannya pengiraan tepat kerana pengiraan yang tepat untuk pelaburan berkala agak sukar dilakukan. Hal ini kerana kemungkinan harga saham semasa berubah-ubah.
Katakan anda melabur setiap bulan sebanyak RM 200 dalam dana yang mampu memberi pulangan 12% setahun, untuk menganggarkan pulangan pelaburan, sila rujuk jadual dibawah:
Tempoh
pelaburan
5 8 10 12 15 |
Pulangan
12% setahun
RM16497 RM 32305 RM 46488 RM 64450 RM 100915 |