Jika anda membaca buku-buku pengurusan kewangan, penulis-penulis selalu mencadangkan agar menyimpan wang secara berkala atau bulanan kedalam pelaburan yang boleh menjana pulangan 15% setahun. Namun, tidak pula mereka menyatakan pelaburan apa yang memberi pulangan 15% setahun.

Jika menyimpan dalam amanah saham yang disediakan kerajaan, agak sukar untuk mencapai pulangan sebanyak itu. Paling tinggi boleh dapat pun dalam 9% sahaja.

Sebenarnya, terdapat amanah saham yang ditawarkan oleh bank-bank pelaburan dapat menjana pulangan 15% setahun malah ada yang mampu memberi lebih. Tetapi anda perlulah bijak memilih kerana terdapat pelbagai jenis amanah saham yang ditawarkan.

Amanah saham yang menjana pulangan tinggi biasanya amanah saham jenis ekuiti dimana sebahagian besar dananya dilaburkan ke pasaran saham. Amanah saham jenis ini berisiko kerana mengikuti keadaan pasaran saham semasa. Justeru, jika anda ingin melabur, pastikan anda peka keadaan ekonomi samasa dan perunding kewangan anda juga cekap menguruskan pelaburan.


 
  1. Apabila harga barang naik, adakah gaji anda juga naik?

Di Malaysia, jika orang tidak mempunyai wang simpanan di bank, wang yang mereka ada hanyalah di dalam Kumpulan Wang Simpana Pekerja (KWSP) sahaja. Menurut statistik, kebanyakan rakyat Malaysia mengeluarkan wang KWSP mereka tiga tahun selepas bersara. Jika anda bersara pada umur 55 tahun, ini bermakna wang dalam KWSP anda akan habis pada usia 58 tahun. Jangka hayat manusia adalah sehingga 70 tahun. Justeru anda masih memerlukan wang untuk 12 tahun lagi. Jadi bagaimana anda ingin dapatkan sumber pendapatan? Masih kuatkah anda untuk bekerja lagi diusia tua?

Mari hadapinya. Kenaikan harga barang terutamanya makanan menyebabkan perbelanjaan anda bertambah terutama kepada yang sudah berkeluarga. Namun, gaji tidak juga bertambah. Jika gaji anda naik sekalipun, mungkin masih tidak dapat menampung jumlah perbelanjaan yang meningkat.

Justeru, pelaburan amanah saham amat digalakkan. Pelaburan amanah saham agak fleksibel kerana boleh dilakukan dalam jumlah yang kecil sahaja setiap bulan iaitu serendah RM 200 sebulan. Jika anda tidak mampu, berkongsilah dengan pasangan anda. Jadikan pelaburan itu sebagai pendapatan tambahan anda dimasa hadapan.

Ingatlah, anda tidak boleh mengawal harga barangan semasa tetapi anda boleh mengawal kewangan anda dengan bijak.

 
Duit tak ada…

Tapi aku ingin kahwin…

Apa dayaku…

Oh..kawan…

Pinjam pada ayah..

Pinjam pada ibu..

Pinjam pada kawan…

Aku malu….

Mungkin ada diantara anda yang pernah mendengar lagu tersebut. Lagu ini amat menarik didengar tetapi mesej yang disampaikan lebih menarik lagi. Lagu ini amat popular dizaman 80an. Jadi nampaknya, fenomena ketiadaan wang untuk berkahwin sudah bermula sejak dulu lagi hingga sekarang.

Jika dulu tiada bank yang boleh membiayai pinjaman peribadi untuk digunakan bagi tujuan perkahwinan tetapi tidak lagi sekarang. Sekarang, mendapatkan pinjaman peribadi agak mudah berbanding dahulu.

Zaman sekarang, gaji RM 2500 sebulan pun belum tentu lagi cukup untuk belanja bulanan untuk mereka yang tinggal dikawasan bandar. Katakan anda seorang graduan dan memulakan kerjaya anda pada usia 23 tahun dengan gaji RM 2500 sebulan dan anda belum memiliki kenderaan mahupun rumah. Selepas menolak segala perbelanjaan, anda menyimpan RM 800 sebulan didalam simpanan biasa.

Maka setahun=RM 9600, 5 tahun=RM 48000.

Anda merancang untuk berkahwin tetapi untuk memulakan keluarga anda perlu menyediakan rumah dan kenderaan juga. Jadi, wang simpanan anda digunakan untuk membeli rumah dan kenderaan. Anda tidak mampu lagi menyimpan RM 800 sebulan kerana komitmen baru anda untuk membayar pinjaman rumah dan kenderaan.

Jadi, bagaimana anda boleh mengumpul wang untuk berkahwin?

Ramai yang memilih untuk membuat pinjaman peribadi!

Ramai yang berfikir, tidak mengapalah, boleh bayar ansuran secara bulanan. Apa salahnya? Makin lama aku kerja, gaji aku akan naik.

Tetapi kawan, hakikatnya, apabila anda sendiri tidak mampu menyediakan wang yang cukup untuk berkahwin, bagaimana pula bila anda sudah berkeluarga nanti? Susu anak dan lampin pakai buang pun sudah menggunakan lebih kurang RM 500 sebulan! Bagaimana dengan wang untuk pendidikan anak anda? Tambahan pula harga barangan pula makin lama semakin meningkat.

Justeru, anda perlulah merancang kewangan anda dengan bijak sejak dari awal lagi. Simpanlah wang anda ditempat yang memberi pulangan yang lebih tinggi setahun seperti saham amanah. Katakan anda menyimpan wang didalam saham amanah yang memberi pulangan 12% setahun, dengan menyimpan RM 800 sebulan selama 5 tahun, anda dapat RM 65989 berbanding RM 48000.

Beza sebanyak RM 17989! Hanya kerana anda memilih cara simpanan yang berbeza, anda kerugian hampir RM 20000!


Hubungilah kami untuk mendapatkan maklumat lengkap pelaburan amanah saham bagaimana anda boleh memperoleh pulangan lebih 12% setahun!
 
Start blogging by creating a new post. You can edit or delete me by clicking under the comments. You can also customize your sidebar by dragging in elements from the top bar.

    Selamat Datang!

    Selamat datang ke blog 
    Tips-Tips Kewangan.
    Pelajari cara melabur amamah saham, memaksimakan
    keuntungan dan tips-tips kewangan dilaman ini. Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan atau pendapat anda. Artikel disini disediakan oleh Perunding Kewangan CIMB Wealth Advisors Bhd.

    Archives

    March 2011

    Categories

    All
    Amanah Saham
    Kewangan
    Pinjaman Peribadi
    Saham Amanah